Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
medac JUALAN ONLINE

KKMM Tiada Cadangan Untuk Kenakan Bayaran Perkhidmatan Bagi Pembelian Dalam Talian

Diterbitkan September 9, 2020 ยท Dikemas kini September 9, 2020 oleh Amalina Athman

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin baru-baru ini berkata, kerajaan sedang melihat kepada pengenalan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% ke atas pembelian dalam talian. Ianya termasuk portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Caj perkhidmatan yang dikutip tersebut dikatakan akan diguna untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelakkan pencerobohan siber.

[๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€]

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tiada Cadangan Untuk Kenakan Bayaran Perkhidmatan Bagi Pembelian Dalam Talian

9 September 2020#KomunikasiKita#KKMM#MalaysiaPrihatin pic.twitter.com/0raFYbRto3

— Kementerian Komunikasi (@komunikasi_gov) September 9, 2020

Terbaru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada hari ini menjelaskan mengenai bayaran perkhidmatan yang dikatakan akan dikenakan kepada pengguna dalam platform e-dagang iaitu melalui pembelian dalam talian.

Menurut KKMM, belum ada perbincangan untuk mengenakan caj sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1000 berikutnya.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY