Kerajaan Cadang Caj Perkhidmatan 0.02% Untuk Pembelian Dalam Talian Termasuk Portal E-Dagang

Hari ini kerajaan sedang melihat kepada pengenalan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% ke atas pembelian dalam talian termasuklah portal e-dagang seperti Lazada dan juga Shopee.

Caj perkhidmatan yang dikutip tersebut akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelakkan pencerobohan siber.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata caj perkhidmatan tersebut akan dikenakan serendah 20 sen untuk pembelian RM1,000 ke bawah.

Namun, itu hanyalah sekadar contoh untuk pembelian RM1,000 dan pembelian minimum yang membolehkan caj tersebut dikenakan masih belum ditetapkan.

Pengenalan caj perkhidmatan ini walau bagaimanapun masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan di Parlimen.

Sumber: Malaysiakini