Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MENARA TELEKOMUNIKASI

KKD Kenal Pasti Kawasan Pedalaman, Pulau-Pulau Kurang Liputan Telekomunikasi

Diterbitkan Disember 23, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengenal pasti kawasan yang mempunyai capaian rangkaian telekomunikasi yang kurang atau tidak mempunyai liputan, terutamanya di pedalaman dan pulau-pulau bagi memastikan perkhidmatan itu dapat disediakan dengan seberapa segera.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata beliau akan meminta agensi berkaitan mengenal pasti dan sekali gus menyediakan senarai kawasan tersebut secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan

  • Status Internet Dan Telekomunikasi Di Kawasan Banjir Jadi Keutamaan
  • KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
  • KKD: Akan Datang, Berita Baik Untuk Pengguna Internet Jalur Lebar

Tambahnya, menjadi fokus kerajaan terutamanya KKD dalam memastikan perkhidmatan komunikasi sentiasa dalam keadaan baik, tidak terganggu atau terputus terutama apabila berlaku sesuatu bencana.

Dalam pada itu, Teo berkata syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menyediakan set penjana elektrik sekiranya terdapat gangguan elektrik bagi memastikan menara telekomunikasi masih dapat beroperasi selain meletakkan rangkaian mudah alih di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pihak KKD juga akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan bahawa amaran itu dapat dihantar ke pengguna yang berada di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti dalam masa singkat selain menerusi televisyen dan radio.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY