Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKD Kaji Naikkan Kadar Kompaun Untuk Kes Kebocoran Data Peribadi

KKD Kaji Naikkan Kadar Kompaun Untuk Kes Kebocoran Data Peribadi

Diterbitkan Mac 7, 2023 · Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini sedang melakukan kajian untuk meningkatkan kadar kompaun atau denda yang boleh dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam kes kebocoran data peribadi.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata ketika ini kadar kompaun yang dikenakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Berkaitan

  • MCMC Diarah Selesai Isu Mutu, Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Sebelum Jun - Fahmi
  • CSM Diarah Siasat Isu Ketirisan Data Aplikasi MySejahtera - Fahmi
  • CSM Diarah Teliti Aspek Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam - Fahmi

Berdasarkan rekod CyberSecurity Malaysia (CSM), sebanyak 19 kes kebocoran data peribadi telah direkodkan pada 2020, 28 (2021) dan 50 kes (2022). Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, sejumlah 49 kes telah direkodkan.

Setakat ini, tujuh kes kebocoran data peribadi telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5, Akta 709 dengan kompaun keseluruhan berjumlah RM200,000 manakala lapan kes di bawah Seksyen 16, dengan kompaun keseluruhan sebanyak RM81,000.

Lanjutan itu, Teo berkata KKD berhasrat untuk membentangkan pindaan terhadap Akta 709 di Dewan Rakyat dalam tempoh setahun selain bercadang mewujudkan akta berkaitan keselamatan siber. Ketika ini ia masih di peringkat libat urus dengan pihak berkaitan dan dijangka akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Pendapat peribadi saya, wajarlah jika kadar kompaun sedia ada dinaikkan untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada pihak terlibat yang memandang ringan berkaitan keselamatan data peribadi pengguna.

Sebagai contoh, Parlimen Australia pada Disember tahun lalu telah meluluskan rang undang-undang untuk membuat pindaan dengan meningkatkan penalti maksimum kepada AU$50 juta (~RM152 juta), berbanding sekitar AU$2.22 juta (~RM6 juta) bagi syarikat dan pengawal data yang mengalami pelanggaran data berskala besar.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY