Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Haramkan TikTok Pada Peranti Penjawat Awam Berkuat Kuasa Serta-Merta

UK Haramkan TikTok Pada Peranti Penjawat Awam Berkuat Kuasa Serta-Merta

Diterbitkan Mac 17, 2023 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa serta-merta, United Kingdom (UK) kini mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok pada peranti penjawat awam atas faktor kebimbangan keselamatan.

Berkaitan

  • Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
  • Cara Simpan Video TikTok Sebelum Muat Naik Tanpa 'Watermark'
  • TikTok Akan Hadkan Masa 60 Minit Sahaja Kepada Pengguna Remaja

Aplikasi video milik ByteDance, yang berpangkalan di Beijing itu telah mendapat perhatian berikutan kebimbangan mengenai data pengguna yang mungkin jatuh ke tangan kerajaan China dan sekali gus boleh menjejaskan kepentingan keselamatan negara Barat.

Dalam satu kenyataan, menteri Oliver Dowden berkata,

The security of sensitive government information must come first, so today we are banning this app on government devices. The use of other data-extracting apps will be kept under review,

Kenyataan Dowden menunjukkan bahawa TikTok hanyalah permulaan dan terdapat aplikasi lain yang juga dalam penelitian. Sebagai tambahan, peranti penjawat awam kini hanya boleh mengakses aplikasi pihak ketiga daripada senarai yang telah diluluskan.

Walaupun begitu, larangan penggunaan TikTok tidak melibatkan peranti peribadi penjawat awam atau menteri serta terdapat pengecualian untuk kes-kes tertentu yang mana TikTok diperlukan untuk tujuan kerja.

Dalam pada itu, wakil TikTok dalam satu kenyataan mendakwa keputusan itu mungkin didorong oleh faktor geopolitik yang lebih luas.

Sumber: Reuters

Gambar utama: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY