Kita Mungkin Melihat Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Pertama Bulan Hadapan

Kita telah mendengar mengenai kehadiran semula peranti boleh lipat ini sejak sekian lama, namun masih belum menjadi kenyataan sehingga hari ini. Bagaimanapun, penantian itu dilihat akan berakhir dalam masa terdekat.

Hal ini kerana Samsung dikatakan akan memperkenalkan telefon dengan skrin boleh lipat mereka pada bulan depan. Ia berikutan satu video acah untuk acara Samsung Developer Conference 2018 yang dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini.

https://twitter.com/SamsungMobile/status/1052892046288011264

Dalam video tersebut, dapat diperhatikan satu ikon yang membentuk anak panah yang turut kelihatan seperti dibuka daripada lipatan. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai peranti dengan skrin boleh lipat tersebut.

Ketua bahagian peranti mudah alih Samsung, DJ Koh sebelum ini pernah menyatakan bahawa peranti boleh lipat mereka mungkin akan muncul pada awal tahun hadapan. Pelbagai gelaran telah dikaitkan dengan model tersebut termasuklah yang paling popular, Galaxy X dan Galaxy F(foldable).

Baca juga: Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ


 

Walaubagaimanapun, perkara ini hanya menjadi bualan di kalangan pemerhati sahaja. Maka, terpulanglah kepada kita untuk menganggap perkara sebagai sekadar khabar angin atau sebaliknya.

 

Sumber: T3    Android Authority