Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Desak TM Beri Penjelasan Mengenai Pelan Streamyx Kepada Pelanggan

Menteri Desak TM Beri Penjelasan Mengenai Pelan Streamyx Kepada Pelanggan

Diterbitkan November 17, 2018 oleh Haikel Areff

Masih lagi dengan berita mengenai pembekal perkhidmatan telekomunikasi gergasi tanahair, Telekom Malaysia(TM). Menteri Komunikasi & Multimedia, YB Gobind Singh Deo telah mendesak TM untuk memberi penjelasan mengenai perancangan mereka bagi pelan Streamyx kepada pelanggan dengan segera.

TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kpd pelanggan mereka. Apakah cadangan utk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dgn jelas apakah langkah seterusnya? https://t.co/6Vc0Aw4uB1

— Gobind Singh Deo 🇲🇾 (@GobindSinghDeo) November 17, 2018

Desakan itu telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi beliau, @GobindSinghDeo sebentar tadi. Ia berikutan satu aduan yang dibuat oleh salah seorang pelanggan Streamyx, @MohdShfqIzwn melalui satu kicauan di akaun Twitter-nya.

Beliau ternyata kurang berpuas hati dengan harga langganan pakej Streamyx 4Mbps yang dilanggannya dengan kadar cas RM 140 sebulan, berbanding RM 129 yang dikenakan pada pakej TM Unifi 100Mbps.

Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumbalas daripada pihak TM yang telah diterima. Mungkin kita akan mendengar perkembangan lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

 

Kredit gambar utama: Facebook YB Gobind Singh Deo

Sumber: Twitter YB Gobind Singh Deo 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY