Terbaru, peranti ini disahkan akan memasuki pasaran Amerika Syarikat apabila ia telah pun dibawa masuk ke dalam laman sesawang rasmi Asus untuk negara Uncle Sam tersebut. Bagaimanapun, tarikh pelancarannya masih lagi menjadi tanda tanya.
Asus ROG Phone ini akan hadir dengan cip pemprosesan premium Qualcomm Snapdragon 845 dengan clockspeed 2.96 GHz yang dinaiktaraf daripada 2.8GHz. Pengguna tidak perlu berkenaan suhu peranti kerana ia akan dilengkapi dengan sistem penyejukan AeroActive Cooler untuk kawalan suhu yang optimum.
Peranti ini juga mempunyai tiga port untuk sambungan USB Type-C bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan lebih banyak aksesori tambahan pada peranti semasa permainan permainan video.
Dari segi paparan skrin pula, ROG Phone ini menggunakan skrin paparan jenis AMOLED dengan refresh rateĀ 90 GHz. Walaupun ia agak rendah berbanding refresh rate yang ada pada peranti Razer Phone(120 GHz), ia sudah mencukupi untuk kepuasan bermain yang terbaik.
Meskipun sudah diperkenalkan lebih awal, Asus masih lagi belum mengumumkan tarikh penjualan rasmi peranti ini bagi mana-mana pasaran buat masa sekarang. Namun, terdapat beberapa laporan menyatakan peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia selewat-lewatnya Ogos ini.
Sumber
Berkaitan
- Pelancaran Asus Zenfone 6 Dijadual Pada 16 Mei Depan
- Microsoft Tidak Akan Keluarkan Band 3 Tahun Ini
- Huawei P20 Pro Hadir Dengan Empat Variasi Warna Terbaru
- Google Akan Mengharamkan Terus Pautan Torrent Di Enjin Carian
- Meizu Turut Akan Hadir Dengan Telefon Berkamera 48MP Tidak Lama Lagi
- Sokongan Google Assistant dan Alexa Akan Hadir Pada Kemaskini Terbaru Konsol Xbox One
- Lenovo Melancarkan Tablet Yoga A12 Alternatif Bajet Kepada Komputer Riba
- Leica Melancarkan Kamera Edisi Khas Leica M-P Titanium
- Apple Dikatakan Bakal Melancarkan Model iPhone XS & XS Max Versi Merah Bulan Ini
- Vivo V15 Pro : Peranti Tanpa Bezel dengan Kamera Selfie Pop-up