Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelajar panjat pokok

(KEMASKINI) Kisah Gadis Panjat Pokok Untuk Jawab Peperiksaan Didakwa Palsu

Diterbitkan September 3, 2020 · Dikemas kini September 3, 2020 oleh Amalina Athman

KEMASKINI: Timbalan Menteri Komunikasi telah memohon maaf dan membetulkan semula kenyataan berhubung perkara ini. 

https://www.facebook.com/DatukZahidiZainul/posts/177056630589202

Pada Jun lalu, tular video mengenai seorang pelajar, Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok demi mendapatkan internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian. Video tersebut telah menerima lebih 730,000 tontonan.

Susulan itu, ia telah menarik perhatian ramai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang membuat tinjauan di Kampung Sapatalang di Pitas. Telekom Malaysia Berhad pula telah menaiktaraf Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas dengan menggunakan sambungan gentian fiber 300Mbps bagi memberikan liputan lebih berkualiti di kawasan tersebut.

Kini, timbul pula isu mengenai kisah tersebut yang dikatakan palsu dimana pelajar itu tidak menduduki sebarang peperiksaan. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata,

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Parlimen hari ini.

Beliau turut meminta supaya isu sedemikian dimaklumkan kepada SKMM pada masa akan datang. Ini bertujuan supaya masalah tersebut dapat ditangani dengan segera.

Bagaimanapun, apa yang boleh dipelajari dari kisah ini adalah ia telah membuka mata ramai pihak dalam isu yang dibangkitkan iaitu liputan internet yang tidak meluas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY