Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Anda Mampu Miliki Ducati Panigale V4 R Hanya Pada Harga USD69.99

Kini Anda Mampu Miliki Ducati Panigale V4 R Hanya Pada Harga USD69.99

Diterbitkan April 21, 2020 · Dikemas kini April 21, 2020 oleh ariff bukhari

Dapat model lego pun jadilah…

Anda peminat motorsikal lumba Ducati? Motorsikal berkelajuan tinggi ini mungkin hanya mampu dimiliki oleh sebahagian kecil pengguna sahaja kerana harganya yang mahal.

Tetapi kini tidak lagi mustahil dengan adanya model Ducati Panigale V4 R dari LEGO Technic yang berharga USD69.99.

Model terbaru LEGO Technic ini adalah hasil perjanjian perlesenan yang baru dimeterai antara LEGO Group dan Ducati Motor Holding.

Sekaligus menjadikan motosikal Ducati Panigale V4 R sebagai yang pertama dijadikan model LEGO bagi barisan motorsikal keluaran Ducati.

Tapi ini juga bermakna, mungkin akan ada lagi model LEGO Technic motorsikal Ducati yang lain pula pada masa akan datang.

Kini Anda Mampu Miliki Ducati Panigale V4 R Hanya Pada Harga USD69.99

Untuk membina model LEGO Technic terbaru ini, ia melibatkan sebanyak 646 keping LEGO yang direka khas bagi menjadikan ia lengkap sempurna sebagai Ducati Panigale V4 R.

Panigale V4 R mempunyai kuasa kuda 221hp pada kelajuan enjin 15,250 rpm yang dikuasakan oleh enjin bersasaran 998 cc, Desmosedici Stradale R.

Jika anda berminat untuk memiliki versi LEGO Technic motorsikal Ducati ini, anda perlu menunggunya memasuki pasaran pada 1 Ogos 2020 nanti.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi LEGO.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY