Di zaman teknologi yang kian pesat
membangun hampir tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Teksi terbang?
Sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi itulah yang sedang dilakukan Airbus Group
syarikat pembuat kapal terbang penumpang gergasi dunia.
Menurut laman rasmi Airbus Group, teksi itu
bakal direka tanpa juruterbang dan penumpang yang ingin menaiki kemudahan
tersebut boleh berhubung dengan teksi dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Dijangka prototaip pertama bakal melalui fasa ujian pada hujung tahun 2017.
“Pelbagai teknologi bakal digunakan,
seperti bateri, motor, dan lain-lain lagi,” jelas Rodin Lyasoff, Eksekutif
Airbus yang mengendalikan projek tersebut.
Tujuan utama bagi projek ini adalah untuk
mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas yang dilihat bakal meningkat seiring
dengan peningkatan jumlah populasi dunia. Antara halangan terbesar yang sedang
dihadapi Airbus ialah bagamana hendak membangunkan teknologi pengesan yang
dapat membantu teksi terbang itu dari melanggar bangunan. “Ia merupakan satu
cabaran terbesar buat kami, dan kami berharap dapat mencari jalan penyelesaian
secepat yang mungkin” kata Lyasoff.
Berkaitan
- 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nintendo 2DS XL
- Gedung Dalam Talian Rasmi OnePlus Sudah Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
- MIUI 11 Uji Ciri Mengesan Aplikasi Yang Mengakses Fungsi Sensitif
- Walaupun Guna Mod Incognito, Aktiviti Anda Masih Direkod Android
- OPPO F1 Edisi Istimewa Ayda Jebat
- Kemaskini Mi 9 Akan Datang Berikan Pilihan Untuk Pengguna Matikan Simbol Pengimbas Cap Jari
- Pixel 2 Mungkin Peranti Pertama Dikuasakan Cip Snapdragon 836
- GoPro Hero5 Black dan Hero5 Session Mula Di Pasarkan Di Malaysia Minggu Hadapan
- Samsung Bergandingan Dengan Blackberry Hasilkan Tablet “Spy-Proof”
- Xiaomi Hentikan Sementara Penawaran Android Oreo 8.0 Untuk Mi A1