HyperX Savage EXO adalah SSD mudah alih dan bersaiz kompak. Dengan berat sebanyak 56g, HyperX Savage EXO boleh diletakkan di dalam kocek seluar dan boleh dibawa ke mana-mana.
Menggunakan sambungan USB 3.1 gen 2, ia hadir dengan kapasiti sebanyak 480GB dan 960GB. Kedua-dua kapasiti ini menawarkan kelajuan membaca sehingga 550MB/s dan kelajuan menulis sehingga 400MB/s.
HyperX Fury RGB pula adalah SSD dalaman yang menampilkan lampu LED RGB di bahagian atas produk tersebut. Dijual dalam dua pakej; pakej biasa mempunyai cakera itu sendiri manakala pakej bundle menawarkan cakera bersama perumah 2.5-inci ke 3.5-inci, perumah mudah alih, kabel USB dan pemutar skru pelbagai guna.
HyperX Fury X RGB ini menawarkan I/O SATA 6Gbps, SATA power dan juga micro USB yang membolehkan cakera ini digunakan sebagai SSD mudah alih. Kapasiti yang ditawarkan adalah 240GB, 480GB dan juga 960GB. Kelajuan membaca pula adalah sehingga 550MB/s dan 480MB/s untuk menulis.
Kingston tidak mendedahkan lagi harga yang ditawarkan untuk kedua-dua produk ini.
Berkaitan
- Pencuri Telah Berjaya Mencuri Lebih Dari 300 Unit Peranti iPhone X Dari Trak UPS Di San Francisco
- Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G
- Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11
- Principled Technologies Keluarkan Hasil Ujian Perbandingan CPU Intel i9-9900K Dengan Ryzen 7 2700X Yang Terkini
- Microsoft Windows Sandbox Bagi Pilihan Untuk Jalankan Perisian Dalam Ruangan Yang Lebih Selamat
- Dakwaan Seorang Insider Foxconn Yang Membocorkan Butiran Mengenai Peranti Akan Datang iPhone Di Reddit
- Will.i.am Lancar Xupermask, Pelitup Muka Berharga ~RM1200
- SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid
- Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark
- Firefox Kini Lebih Pantas Dan Lebih Efisen