Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Diterbitkan Julai 11, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tetapan tiga kamera mula mendapat perhatian selepas Huawei memperkenalkan model P20 Pro yang dilengkapi 3 lensa dari Leica.

Ramai beranggapan ia perubahan yang besar untuk tahun ini tetapi beberapa bulan selepas itu, Vivo serta OPPO pula hadir dengan teknologi kamera yang lebih menarik, kamera pop-up, membolehkan kamera keluar masuk secara mekanikal.

Mungkin mengikut jejak langkah pengeluar yang lain, OnePlus 6T dijangka hadir dengan tetapan tiga kamera utama pada bahagian belakang. Tidak cukup dengan itu, khabar angin yang kini semakin hangat diperkatakan mendakwa, ia turut dilengkapi dengan kamera pop-up mirip OPPO Find X.

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Dengan kehadiran kamera pop-up tersebut, ia memberi ruang kepada OnePlus menampilkan layar paparan yang lebih luas ber-bezel nipis dengan nisbah 95%, lebih tinggi dari apa yang ditawarkan oleh OPPO Find X.

Sementara itu, ura-ura turut menyatakan ia akan diperkuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855, sistem nyahkunci melalui imbasan wajah 3D, RAM 8GB serta storan dalaman sebesar 512GB.

Walaubagaimanapun, apa yang boleh disahkan mengenai spesifikasi OnePlus 6T adalah sokongan sambungan rangkaian 5G. Melihat kepada tarikh pelancaran model OnePlus 3T dan 5T, OnePlus 6T diramalkan pengenalannya pada waktu yang sama iaitu sekitar November hadapan.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY