Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Antara Aplikasi Pengesanan Kontak Covid-19 Yang Dibangunkan Di Malaysia

Kewajipan Pengunaan Aplikasi MySejahtera Akan Diwartakan

Diterbitkan Ogos 8, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda masih belum menggunakan perkhidmatan aplikasi MySejahtera di premis anda, ada baiknya anda berbuat demikian dengan segera.

Ini kerana, dalam sidang media oleh Majlis Keselamatan Negara telah memaklumkan bahawa, kerajaan akan mewartakan kewajipan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara tidak lama lagi.

Pewartaan tersebut akan dibuat menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Maka, jika terdapat premis yang masih belum didaftarkan di dalam aplikasi MySejahtera, pemilik premis tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut.

Penggunaa aplikasi itu akan memudahkan pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang hanya perlu memuat turun satu aplikasi sahaja serta rekod maklumat pelanggan adalah lebih sempurna berbanding mencatatkan ia di dalam buku secara manual atau menggunakan aplikasi lain.

Tidak setakat itu, mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis perniagaan bukan sahaja memudahkan proses pengesanan kontak malah ia dilihat dapat melindungi maklumat peribadi pelanggan.

Cara mendaftarkan premis di dalam aplikasi MySejahtera telah dikongsikan sebelum ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY