Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang 'View Image' Pada Carian Gambar Google

Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan 'View Image' di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki sahaja tanpa masuk ke laman sesawang asal imej tersebut. Namun, butang itu terpaksa dikeluarkan oleh pihak Google atas dasar perjanjian mereka bersama pembekal stok imej, Getty.



Perkara ini nampak seakan tidak penting, tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang agak besar kepada pengguna. Ini kerana sesetengah pengguna perlu melihat imej secara jelas sebelum menggunakan atau menyimpan imej berkenaan. Dan tanpa butang 'View Image' itu, mereka terpaksa untuk klik pada butang 'Visit' dan masuk dahulu ke laman sesawang asal imej berkenaan untuk melihat imej tersebut pada saiz penuh.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Kami akan tunjukkan cara untuk kembalikan butang View Image tersebut kepada anda. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memasang satu extension di Google Chrome yang dinamakan sempena butang tersebut, iaitu View Image. Extension ini telah dibangunkankan oleh Joshua B dan ia adalah percuma.



Selepas selesai muat turun dan pasang extension ini, anda akan mendapati bahawa butang View Image ini akan kembali muncul pada carian imej anda. Dengan adanya butang ini, anda akan dapat melihat imej yang diingini terus melalui laman Google Images tanpa perlu masuk ke mana-mana laman sesawang.





Sumber

 

 

Berkaitan