Ketahui Apa Itu 403 Forbidden Error dan Bagaimana Untuk Menyelesaikannya

Sepanjang anda menggunakan perkhidmatan internet, anda pasti pernah menghadapi masalah 403 Forbidden Error. Namun tidak ramai mengetahui apa sebenarnya 403 Forbidden Error itu dan macam mana cara untuk menyelesaikannya. Ramai yang menganggap masalah tersebut tiada jalan penyelesaian.

Memang benar, pada kebanyakkan masa masalah ini tidak dapat kita selesaikan sendiri. Tapi, kadang kala ada beberapa langkah mudah yang boleh kita cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Maka di sini kami akan bantu anda mengetahui lebih lanjut tentang permasalahan ini.

403 Forbidden Error terjadi apabila anda tidak mempunyai kebenaran untuk mengakses laman sesawang yang cuba anda layari. Selain 403 Forbidden Error, ia turut dikenali sebagai HTTP 403, Error 403, HTTP Error 403 – Forbidden, HTTP Error 403.14 – Forbidden, atau Forbidden: You don’t have permission to access [directory] on this server.

Nama-nama berkenaan berbeza mengikut bagaimana laman sesawang yang dilayari mengenalpasti masalah yang berlaku. Dua sebab utama permasalahan ini ialah pemilik laman sesawang telah menetapkan kebenaran akses pada laman berkenaan dengan betul, dan anda tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan.

Sebab yang kedua pula bertentangan dengan sebab yang pertama, di mana pemilik laman sesawang telah melakukan kesilapan dalam menetapkan kebenaran akses pada laman berkenaan, dan anda telah dihalang daripada mengakses tanpa sengaja.

Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah 403 Forbidden Error ini? Anda boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah :

1.Semak semula alamat laman sesawang


Kredit : How-To-Geek


Kebanyakan pelayan tidak membenarkan akses kepada direktori atas sebab keselamatan. Ini menyebabkan anda menerima masalah 403 Forbidden Error ini. URL direktori selalunya berakhir dengan simbol ' / ', sambil URL biasa akan berakhir dengan '.com, .my, .org, .php' dan sebagainya. Jadi, semak semula URL anda agar tidak tersilap.

2. Kosongkan cookies dan cache pelayar



Terdapat kemungkinan bahawa laman sesawang yang ingin anda layari telah termasuk dalam cache pelayar, namun alamat laman sesawang berkenaan telah berubah. Dengan mengosongkan cookies dan cache pelayar, ia akan memadamkan semua cache yang telah disimpan.

Walaupun ia akan menyebabkan anda perlu menunggu beberapa saat lebih lama untuk membuka laman sesawang yang diingini, cara ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

3. Refresh semula laman sesawang

Ini merupakan antara langkah paling mudah untuk anda lakukan. Masalah 403 Forbidden Error ini sering terjadi untuk seketika sahaja dan dapat diselesaikan selepas refresh semula laman sesawang berkenaan. Untuk refresh, anda cuma perlu klik kanan pada tetikus dan pilih Refresh atau tekan sahaja butang F5 pada papan kekunci.

4. Cuba lagi selepas beberapa ketika

Seperti dinyatakan sebelum ini, masalah ini sering berlaku untuk tempoh masa yang singkat sahaja. Jadi, anda perlu memberi masa beberapa ketika untuk pemilik laman sesawang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dari pihak mereka sebelum mencuba untuk membuka semula laman sesawang tersebut.

5. Hubungi pemilik laman sesawang 

Jika kesemua langkah di atas gagal untuk menemui jalan penyelesaian, menghubungi pemilik laman sesawang itu sendiri adalah langkah yang terbaik. Langkah ini hanya boleh diambil sekiranya anda yakin anda sepatutnya dibenarkan untuk mengakses laman sesawang berkenaan.

Sumber

Berkaitan