Mi True Wireless Earphone 2 Basic
Mi True Wireless Earphone 2 Basic merupakan fon telinga tanpa wayar yang hadir dengan ketahanan bateri sehingga 20 jam. Ia menawarkan rekaan dengan kerangka berbentuk petak yang dicas melalui lubang USB-C.

Dari segi audio, ia mempunyai pemacu 14.2mm dan sokongan codec SBC dan AAC. Sambungan pula adalah dari Bluetooth 5.0 dan turut menyokong kawalan sentuh tap.

Untuk harga jualan, ia dipasarkan pada harga RM139 dan boleh dibeli mulai 9 Oktober di kedai atas talian seperti Shopee dan Lazada.
Mi Smart Electric Toothbrush T500
Xiaomi sebelum ini sudah mesra dengan penawaran berus gigi elektrik. Untuk berus gigi terbaharu, mereka memperkenalkan Mi Smart Electric Toothbrush T500 untuk pasaran Malaysia.

Berus gigi ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 700mAh dan mampu bertahan sehingga 18 hari. Selain itu, ia juga dikuasakan oleh motor getaran selaju 31,000 frekuensi/minit untuk memudahkan pembuangan kotoran pada gigi.
Terdapat juga penafaran IPX7 untuk kalis air dan 3 mod untuk memberus iaitu standard, gentle, dan mod ubah suai sendiri.
Menggunakannya bersama aplikasi, pengguna boleh menerima laporan memberus, waktu memberus gigi, dan juga ciri-ciri kebersihan yang berkaitan gigi.

Untuk harga jualan, ia boleh didapati bermula 9 Oktober 2020 ini dengan harga RM149. Pembelian boleh dilakukan di kedai atas talian seperti Shopee dan Lazada.
Mi Air Purifier Pro H
Seterusnya adalah Mi Air Purifier Pro H. Ia hadir dengan paparan OLED untuk memudahkan kawalan dan juga interaksi.
Terdapat sistem 3 lapisan penapisan yang boleh menyingkirkan segala bendasing termasuklah asap, habuk, kuman, bau busuk, dan bulu haiwan dari udara.

Harga jualan Mi Air Purifier Pro H ini adalah RM1,199 dan boleh mula didapati di penghujung Oktober ini.
Mi Robot Vacuum Mop P
Mi Robot Vacuum Mop P pula merupakan robot penyapu dan mop lantai. Ia menawarkan kuasa sedutan 2100Pa dan juga bateri berkapasiti 3200mAh.

Terdapat 3 mod membersih - sapu, mop, sapu, dan mop. Antara ciri menarik adalah menjadualkannya untuk membersihkan bilik berlainan pada bilik yang berbeza.
Ia juga boleh dikawal melalui aplikasi mudah-alih serta menyokong fungsi Google Assistant dan Amazon Alexa.

Xiaomi menjual Mi Robot Vacuum Mop P ini di Malaysia dengan harga RM1,399 namun ia akan boleh mula dibeli pada masa akan datang.
Berkaitan
- Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020
- Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh
- Xiaomi Mi 10 Ultra Diperkenalkan - Snapdragon 865, Paparan 120Hz, Pengecasan 120W, Dan Zum 120X
- Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini
- Xiaomi Mi 10 Ultra Tidak Mengecas Sepantas 120W Yang Didakwa, Maksimum Hanya 80W Sahaja
- Xiaomi Perkenal Mi Air Charging - Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Jarak Jauh
- Xiaomi Malaysia Beri Jaminan Harga Mi 10T Pro Tidak Akan Melebihi RM1,999
- DxOMark: OPPO Find X2 Pro Kongsi Kedudukan Sama Dengan Xiaomi Mi 10 Pro Sebagai 'Raja' Kamera
- Xiaomi Bakal Lancarkan Lebih Banyak Model Premium Di India Untuk Singkirkan Imej Jenama Bajet
- Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark