Kereta Terhubung Digi Bersama AXA FlexiDriver Diperkenalkan

Hari ini, Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) telah memperkenalkan "Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDriver" yang merupakan inisiatif dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengalakan tabiat pemanduan yang berhemah.

Kerjasama antara Digi bersama AXA FlexiDriver ini bakal menawarkan diskaun pemanduan selamat sehingga 20% bagi insurans motor telematik dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Tawaran ini bergantung pada penilaian terhadap tabiat pemanduan pemandu seperti daripada segi kelajuan, jarak perjalanan kenderaan dan cara memandu.

Selain itu, manfaat lain yang ditawarkan adalah notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24 jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan sekiranya berlaku kecurian, tanpa sebarang caj tambahan.

Pemilik kenderaan persendirian boleh mendaftar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk "Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive" di mana-mana Digi Store di seluruh negara bermula pada hari ini.

Sejurus selepas selesai pendaftaran, pelanggan akan dihubungi bagi mengatur pertemuan untuk
pemasangan produk pada kereta. Pemasangan adalah percuma dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM70. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart Track Security yang bernilai hanya RM240 setahun.

Ciri pilihan ini menawarkan sistem penggera kereta yang boleh dikawal dari telefon pintar, catatan maklumat semasa, ulasan perjalanan dan pampasan kemalangan sehingga RM2,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai "Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive", sila berkunjung ke Digi Store berhampiran.