Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google play store

Google Play Store Turut Sama Dikenakan Cukai Digital 6%

Diterbitkan Disember 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia bakal mengenakan cukai digital sebanyak 6% keatas perkhidmatan dalam talian bermula pada 1 Januari 2020. Lanjutan daripada itu, Google antara yang terawal menghantar notis mengenai perubahan harga yang melibatkan perkhidmatan mereka seperti G Suite.

Satu lagi perkhidmatan Google yang turut dikenakan cukai digital 6% tersebut adalah Google Play Store. Pemberitahuan yang dibuat kepada pembangun Google Play itu menyatakan cukai 6% dicaj untuk pembelian aplikasi serta pembelian dalam aplikasi.

Bakal dimulakan pada 1 Januari 2020, caj tersebut akan dikenakan juga kepada pengguna Malaysia walaupun mereka tidak berada didalam negara.

Selain daripada Google, Facebook dan Adobe juga sudah mengesahkan pengenaan cukai ini. Sementara itu, Netflix sudah mengemaskini harga mereka untuk tahun hadapan dimana ia bakal bermula pada 9 Januari 2020.

Sumber: Google via The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY