Digi Secara Senyap Menambah Netflix Dan HeroTalkies Pada Video Freedom

Sebelum ini kita telah mendengar berita tentang perjanjian yang akan melihatkan beberapa rancangan TV dari Malaysia keudara pada platform Netflix. Dilaporkan juga syarikat Internet TV terbabit menjalin kerjasama dengan Digi. Kini, Netflix merupakan sebahagian dari Video Freedom yang menyediakan video strim untuk pengguna telco terbabit.

Laporan ini mengejutkan ramai pihak kerana, Digi tidak mengumumkan kerjasama yang dijalinkan dengan Netflix itu. Digi, dilihat secara senyap-senyap menambah senarai di dalam laman web Video Freedom. Turut ditambah adalah, HeroTalkies, platform yang menumpukan filem dan rancangan TV Tamil.

Servis Video Freedom mula dilancarkan pada April tahun ini dimana ia adalah Pas Internet yang membolehkan pengguna menonton video dari aplikasi video streaming tanpa dikenakan cas internet. Ini bermaksud quota internet anda tidak akan berubah walaupun anda menonton video strim tersebut. Buat masa sekarang, pelanggan mempunyai pilihan samada 1 jam penggunaan atau akses 3GB video strim dengan bayaran serendah RM1. Pelanggan boleh juga membayar RM5 yang membolehkan akses sehingga 24 jam ataupun 10GB.

img_20160414_112628

Dengan kehadiran Netflix dan HeroTalkies, jumlah pembekal perkhidmatan untuk servis Video Freedom telah meningkat kepada 9 saluran lebih tinggi berbanding Maxis TVNow tetapi masih sedikit dibandingkan dengan U Mobile Video Onz yang mempunyai  25 aplikasi video strim. Turut dikhabarkan, Digi berjanji untuk menambah servis lain pada Video Freedom tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan aplikasi video strim mana yang bakal menghiasi servis dari Digi itu.