Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2021-10-06 at 3.14.52 PM

Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19

Diterbitkan Oktober 6, 2021 oleh Helmi Samsuri

Semua maklum yang mana setiap dari kita akan diberikan sijil digital vaksinasi apabila sudah lengkap mendapat suntikan vaksin Covid-19. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu yang tidak boleh divaksinasi.

Sebagai penyelesaian kepada perkara ini, pihak KKM telah tampil berkongsikan cara-cara untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19.

Apa yang perlu dilakukan adalah, individu berkenaan perlu mendapatkan slip Penilaian Pra-Vaksinasi serta pengesahan daripada pakar perubatan yang berdaftar.

Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19

Selanjutnya, slip yang disahkan tersebut perlu dibawa ke Pejabat Kesihatan berhampiran bagi proses permohonan sijil digital pengecualian vaksinasi.

Menurut KKM, sijil digital tersebut akan mengambil masa 7 hari untuk diproses oleh MySejahtera.

Setakat 5 Oktober 2021, Malaysia kini telah mencecah 88.4% bagi kadar vaksinasi populasi dewasa dan dijangka sekatan aktiviti rentas negeri akan dibenarkan apabila ia mencecah 90%.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY