Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Perkenal Pelan Pasca Bayar Untuk Petugas Barisan Hadapan

Digi Perkenal Pelan Pasca Bayar Untuk Petugas Barisan Hadapan

Diterbitkan Oktober 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Digi hari ini telah tampil memperkenalkan pelan pascabayar eksklusif ditujukan kepada petugas barisan hadapan kita.

Dipanggil sebagai Digi Postpaid Smart Bundle adalah pelan yang terbuka kepada pekerja kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, ia juga boleh dilanggan pekerja syarikat perkhidmatan keperluan termasuklah petugas barisan hadapan, penjawat awam, bank, dan perkhidmatan penghantaran serta logistik.

digi

Penawaran pelan ini hanya dibuka dalam masa terhad iaitu sehingga 30 November selagimana stok masih ada. Digi Postpaid Smart Bundle menyediakan;

  • Kuota internet 15GB
  • Bonus harian +15GB (500MB harian)
  • Panggilan suara dan SMS tanpa had kesemua rangkaian
  • Bonus kesetiaan +20GB (+5GB setiap enam bulan)

Bayaran bulanan untuk pelan ini adalah RM58 sebulan dan pendaftaran perlu dibuat sebelum tarikh yang dinyatakan diatas. Pengguna perlulah membawa kad pekerja sewaktu mendaftar di Digi Store atau Digi Store Express.

Untuk senarai syarikat yang layak memohon boleh rujuk disini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY