Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Terus Memperkasakan E-Sukan Dengan Pelancaran NESDEG

Kerajaan Terus Memperkasakan E-Sukan Dengan Pelancaran NESDEG

Diterbitkan Jun 21, 2023 ยท Dikemas kini Jun 21, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus berusaha memperkasakan industri sukan elektronik Malaysia dengan melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau National Esports Development Guideline (NESDEG) pada hari ini.

KBS menyatakan, NESDEG sebagai langkah pertama ke arah pembangunan industri sukan elektronik di Malaysia.

NESDEG dirangka dengan kerjasama antara Esports Integrated (ESI), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS dan FUTURISE, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan dengan penglibatan semua pemegang taruh daripada sektor kerajaan dan swasta.

Kerajaan Terus Memperkasakan E-Sukan Dengan Pelancaran NESDEG

NESDEG bermatlamat untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.

NESDEG memfokuskan 6 teras utama meliputi pelbagai skop penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan, iaitu:

  1. Pengurusan Kontrak Pemain
  2. Tadbir Urus Penganjuran Acara
  3. Memantau dan Melindungi Kanak-Kanak
  4. Tatakelakuan dan Etika
  5. Garis Panduan Laluan Kerjaya
  6. Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik

KBS berkata pihak ESI akan menjalankan kempen pendidikan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada jelajah, penglibatan forum, perbincangan atas talian yang menampilkan kandungan-kandungan yang menggalakkan perbincangan yang lebih praktikal dan aktif serta diterima oleh masyarakat.

Berkaitan

  • Terima 'Rating' Lebih 4 Bintang, 2 'Game' Berharga RM87.50 Ini Sedang Percuma
  • iQOO Malaysia Dan UCSI University Anjur Kejohanan Honor of Kings 5v5
  • Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui

Sumber: Siaran Media KBS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY