Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui

Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui

Diterbitkan Jun 21, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan (MOF) kini mengumumkan pendaftaran untuk menerima kredit RM200 bagi program eBeliaRahmah akan dibuka mulai 8 pagi, 26 Jun 2023.

Berkaitan

  • E-Tunai Belia, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bulan Ini - PM

Menurut MOF, belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Siapa yang layak

Program eBeliaRahmah terbuka kepada warganegara Malaysia seperti berikut:

  • Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); atau
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia, sebelum 30 April 2023 tanpa had umur.

Penebusan kredit eBeliaRahmah

Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut daripada App Store, Google Play atau Huawei AppGallery:

  • Boost
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat pengesahan identiti secara elektronik Know-Your-Customer (eYKC).

Setelah itu, isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun. Seterusnya, status tuntutan akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari. 

Tempoh permohonan eBeliaRahmah

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Sementara itu, kredit yang berjaya diterima perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2023.

Cara penggunaan kredit eBeliaRahmah

Perlu diketahui, inisiatif kredit RM200 eBeliaRahmah hanya boleh digunakan untuk transaksi secara offline/fizikal sahaja.

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • transaksi e-dagang atau dalam talian
  • pemindahan tunai
  • bayaran bil utiliti
  • bayaran fi berkaitan perkhidmatan kerajaan
  • bil pascabayar dan prabayar telco
  • pembelian permainan
  • bayaran parking atau tol
  • aktiviti berkaitan pelaburan

Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman web rasmi eBeliaRahmah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY