Menjadi tanggungjawab sesama kita untuk menegur mereka namun, ada kalanya, teguran itu mendapat balasan yang buruk. Malah, baru-baru ini, seorang pekerja premis makanan didakwa dikasari selepas menegur seorang perokok yang merokok di premis tersebut.
Laporan seperti ini menjadikan anda takut untuk menegur? Jangan risau, KKM telah menyediakan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Anda kini boleh membuat aduan larangan merokok melalui dua talian khas yang mana salah satu daripadanya adalah melalui aplikasi WhatsApp.
Sekiranya ternampak seseorang melakukan kesalahan ini, anda boleh membuat aduan dengan mengambil gambar perokok tersebut, nama restoran dan alamat restoran serta waktu dan tarikh gambar dirakamkan.
Seterusnya, hantarkan pesanan tersebut melalui WhatsApp ke talian 010-860 8949. Selain itu, anda juga boleh melaporkan mengenai premis yang tidak memaparkan papan tanda larangan merokok ke talian berkenaan.
Orang ramai juga boleh membuat aduan dengan membuat panggilan suara ke talian 03-8892 4539 namun ia hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat sahaja.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berkaitan
- Honor 8X Rasmi Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Kurang Dari RM 1,000
- RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
- Xiaomi Umum Pelancaran Peranti Mi 8 Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Tidak Masuk Akal
- Xiaomi Redmi Note 5 Berkemungkinan Hadir ke Malaysia Hujung Bulan Ini
- Stronger, Sharper dan Swagger - Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia
- Huawei Mate 20 X Tiba Ke Malaysia Pada Ahad, 11 November
- Oppo Malaysia Bakal Lancarkan Model R15 di Malaysia 24 Mei ini
- Malaysia Mungkin Bakal Anjur Piala Dunia Mobile Legends Tahun Hadapan
- Malaysia Merupakan Pengguna Tertinggi Aplikasi WhatsApp Dunia
- Celcom Raikan Hari Malaysia Dengan Hadiah Istimewa Buat Pelanggan