Keperluan minimum Windows 10 adalah hampir sama dengan Windows 7.
Sebelum ini telah dikongsikan cara untuk anda mendapatkan Windows 10 secara percuma menerusi naik taraf dari Windows 7 ke Windows 10.
Tetapi adakah anda pasti perkakasan komputer anda itu mampu menyokong dan menjalankan sistem operasi Windows 10 dengan baik?
Secara asasnya, mana-mana komputer yang beroperasi menggunakan sistem Windows 7 akan turut menyokong sistem Windows 10.
Ini adalah keperluan minimum Windows 7 sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-
- 1 gigahertz (GHz) or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor*
- 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit)
- 16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)
- DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver
Ini pula adalah keperluan minimum Windows 10 sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-
Latest OS: Make sure you're running the latest version—either Windows 7 SP1 or Windows 8.1 Update.
Find out which version you're running.
Need the latest version? Download Windows 7 SP1 or Windows 8.1 Update.
Processor: 1 gigahertz (GHz) or faster processor or SoC
RAM: 1 gigabyte (GB) for 32-bit or 2 GB for 64-bit
Hard disk space: 16 GB for 32-bit OS or 20 GB for 64-bit OS
Graphics card: DirectX 9 or later with WDDM 1.0 driver
Display: 800 x 600
Walaupun Microsoft menyatakan bahawa komputer dengan kuasa pemprosesan 1GhZ, storan bersaiz 16GB dan 1GB RAM sahaja sudah mampu menjalankan operasi Windows 10, tapi ia amatlah tidak disyorkan sama sekali.
Perkakasan komputer yang lebih berkuasa jelas adalah pilihan yang terbaik bagi menjalankan sistem operasi komputer moden.
Bagi pengguna Windows 7, anda amat disyorkan menaik taraf kepada versi Windows 10 yang lebih moden dan selamat.
Ini kerana pihak Microsoft akan menamatkan secara rasmi sokongan terhadap sistem operasi Windows 7 yang sudah berusia lebih 10 tahun itu pada 14 Januari 2020 nanti.
Berkaitan
- Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB4532695 Memperbetulkan Isu Pepijat File Explorer
- Telefon TCL NXTPAPER Hadir Ke Malaysia, Harga Bawah RM1000
- Apple Perkenalkan macOS 10.15 Catalina
- ASUS Lancar Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) Berharga RM10,999
- Penggunaan Kuasa GPU NVIDIA H100 Dijangka Lebih Tinggi Berbanding Beberapa Buah Negara
- Senarai 100 CEO Teratas di A.S Bagi Tahun 2019
- Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu 'Scam'
- Infinix Hot 10s - Telefon Bajet Sedap Main Game
- Kemas Kini Kumulatif KB4579311 Bagi Banyak Masalah Pada Pengguna Windows 10
- Keperluan Minimum Windows 11 Dilapor Dinaikkan, Versi Komputer Terdahulu Terjejas