Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenbook Pro 14 OLED_UX6404_Scenario photo_05

ASUS Lancar Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) Berharga RM10,999

Diterbitkan September 18, 2023 · Dikemas kini September 18, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS hari ini mengumumkan model komputer riba premium terbaru Zenbook Pro 14 OLED (UX6404). Komputer riba bersaiz 14.5 inci ini merupakan model mesra pencipta kandungan, ringan dan berkuasa untuk kreativiti dan produktiviti.

Zenbook Pro 14 OLED menampilkan komponen premium dengan spesifikasi skrin sentuh OLED NanoEdge Dolby Vision OLED 16:10 3K 120 Hz yang menawarkan warna ultra terang, cip pemprosesan Intel Core i9-13900H Gen 13 dan kuasa grafik dari NVIDIA GeForce RTX 4070.

Zenbook Pro 14 OLED_UX6404_Product photo_Glass_3K_Tech Black_Web_03 (Large)
ASUS Zenbook Pro 14 OLED (UX6404V) dimuatkan dengan storan 1TB dan RAM DDR5 32GB.
Zenbook Pro 14 OLED_UX6404_Product photo_Glass_3K_Tech Black_Web_02 (Large)
ia juga dilengkapi dengan pelbagai sambungan peranti USB-C Thunderbolt, HDMI 2.1, serta port USB 3.2 Gen 2 Type-C dan Type-A bersama pembaca kad SD.

Antara ciri utama lain yang ada pada Zenbook Pro 14 OLED terbaru ini adalah pengguna kini boleh memanfaatkan lebih lagi dari ASUS DialPad yang dikemas kini iaitu pengawal sentuh berputar yang menyediakan kawalan hujung jari dan tepat ke atas parameter dalam aplikasi kreatif.

ASUS DialPad juga boleh disesuaikan sepenuhnya, jadi pengguna boleh menentukan fungsi mereka sendiri untuk digunakan dalam mana-mana aplikasi lain.

Zenbook Pro 14 OLED_UX6404_Product photo_Glass_3K_Tech Black_09_Light (Large)

ASUS Zenbook Pro 14 OLED (UX6404V) akan mula berada di pasaran bermula dari 19 September 2023 – daripada semua pengedar sah ASUS serta e-stor rasmi ASUS dengan harga jualan RM10,999.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14

Sumber: Siaran media ASUS

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY