Telefon TCL NXTPAPER Hadir Ke Malaysia, Harga Bawah RM1000

Akhirnya, TCL mengumumkan telefon pintar keluaran mereka untuk pasaran Malaysia iaitu  TCL 40 NXTPAPER dan TCL 40 NXTPAPER 5G.

TCL menyatakan, telefon pintar mereka adalah yang pertama dan satu-satunya di dunia yang menawarkan pengalaman visual seperti kertas warna penuh.

TCL berkata, telefon pintar NXTPAPER terbaharu mereka ini menawarkan keselesaan mata dan perkakasan yang diperakui oleh TÜV untuk cahaya biru berbahaya yang rendah.

Sensor bersepadu secara automatik melaraskan kecerahan paparan dan suhu warna berdasarkan masa dan persekitaran untuk memberikan pengalaman visual yang sesuai dan cahaya lembut pada waktu malam, meningkatkan lagi keselesaan mata.

TCL 40 NXTPAPER


TCL 40 NXTPAPER didatangkan dengan paparan 6.78” FHD+ NXTPAPER, dwi pembesar suara dan bunyi 3D yang dikuasakan oleh DTS .

Telefon pintar ini juga dilengkapi kamera swafoto 32MP, sistem tiga kamera belakang 50MP, lengkap dengan kamera ultra lebar 5MP dan sensor makro 2MP.

Kapsyen: TCL 40 NXTPAPER juga menyokong aksesori T-pen.


Dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek Helio G88, ia juga dimuatkan dengan storan bersaiz 256GB dan 8GB RAM dengan ciri RAM maya 8GB.

TCL 40 NXTPAPER 5G


TCL 40 NXTPAPER 5G pula dilengkapi dengan skrin NXTPAPER bersaiz 6.6 inci HD+, storan 256GB dilengkapi dengan RAM 6GB yang boleh ditambah lagi dengan tambahan RAM maya 6GB serta dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek Dimensity 6020.



Peranti ini turut dilengkapi dengan sistem kamera belakang, termasuklah kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP serta Kamera hadapan 8MP.

Untuk model TCL 40 NXTPAPER, ia ditawarkan dalam pilihan warna Opalescent dan Midnight Blue yang berharga RM 899.

Manakala TCL 40 NXTPAPER 5G pula tersedia dalam warna Starlight Black pada harga RM 999.

Sempena ketibaan telefon ointar mereka di pasaran Malaysia, TCL menawarkan sepasang peranti audio, MOVEAUDIO Air Wireless Earbuds yang bernilai RM 159 untuk pembelian ke atas TCL 40 NXTPAPER 5G yang dibuat dari 10 – 17 Oktober.



Kedua-dua telefon pintar TCL terbaru ini boleh dibeli mulai 10 Oktober dari kedai rasmi TCL Mobile Malaysia di Lazada dan Shopee.

{suggest}

Sumber: Siaran media TCL