Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menyahaktifkan “Pop-up” Notifikasi “Tips-Suggestions” Pada PC Windows

Keperluan Minimum Windows 11 Dilapor Dinaikkan, Versi Komputer Terdahulu Terjejas

Diterbitkan Februari 19, 2024 ยท Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh ariff bukhari

Jika komputer anda sebelum ini boleh menjalankan sistem operasi Windows 11, tapi selepas kemas kini terbaru dikeluarkan Microsoft, komputer anda berkemungkinan besar tidak lagi dapat menjalankan versi Windows 11 terbaru ini.

Secara khususnya, versi Windows 11 24H2 yang akan datang tidak lama lagi.

Menurut seorang pengguna X bernama Bob Pony yang mendedahkan perkara ini menyatakan, perubahan akan datang kepada Windows 11 memerlukan arahan CPU yang dikenali sebagai Population Count (POPCNT) untuk boot.

Jika komputer tersebut tiada POPCNT, komputer anda tidak boleh menjalankan versi sistem Windows 11 baharu itu.

So HUGE discovery found in Windows 11 Version 24H2, since build 25905.
A CPU with the instruction "POPCNT" IS NOW REQUIRED!
There are various system files requiring the POPCNT CPU instruction, from the Windows 11 kernel to the USB XHCI drivers.

Without POPCNT, it doesn't boot! pic.twitter.com/vCWYvzfu6k

— BobPony.com (@TheBobPony) February 11, 2024

Secara ringkasnya, “Population Count” digunakan untuk mengira bilangan bit dalam perkataan mesin, menurut penjelasan pengaturcara Vaibhav Sagar.

Tidak jelas mengapa POPCNT diperlukan untuk menjadi arahan CPU yang menanggung beban kepada sekumpulan keseluruhan komponen Windows.

Tapi ia kelihatan seperti kernel Windows, pemacu USB dan rangkaian sistem dan fail sistem teras lain kini memerlukan arahan pada Windows 11 24H2.

POPCNT bermula sejak 15 tahun lalu pada cip Intel Core i7 berasaskan Nehalem.

Jadi ini bermakna, jika anda masih menggunakan komputer yang lebih lama daripada itu, PC anda tidak akan boot dengan kemas kini OS ini.

Microsoft telah cuba menarik lebih ramai pengguna beralih ke Windows 11. Tetapi sehingga kini, masih ramai kekal menggunakan Windows 10 yang lebih berusia iaitu pada tahap 66.45% berbanding Windows 11 pada tahap 27.83% sahaja.

Screen Shot 2024-02-19 at 9.42.23 AM

Berkaitan

  • Ini Senarai 10 'Website' Paling Popular Dilayari Di Malaysia Dan Seluruh Dunia Pada Januari 2024
  • Pengguna Malaysia Dah Boleh Guna 2 Akaun WhatsApp Dalam Peranti Sama, Ini Caranya
  • Android 15 Developer Preview Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Sumber: Statcounter, PCWorld

Komputer anda sudah berusia? Jom beli barisan model komputer terkini dari pelbagai jenama dari:

Shopee: https://invl.io/clkqy9l

Lazada: https://invol.co/clkqy9o

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY