Infinix telah pun mula menawarkan telefon pintar bajet Infinix Hot 10s untuk pasaran tempatan sejak awal Julai lalu.
Infinix mengiklankan telefon pintar ini sebagai sebuah peranti ‘gaming‘ mampu milik tapi dimuatkan dengan spesifikasi yang bolehlah dikatakan sebagai memberangsangkan.
Infinix Hot 10s dilengkapi cip pemprosesan Mediatek Helio G85 2.0GHz, bateri 6000mAh, skrin IPS HD+ (720*1640) bersaiz 6.82-inci dengan sokongan kadar segar 90Hz serta RAM dan storan 4GB+64GB atau 4GB+128GB.
Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 48MP dan kamera hadapan 8MP.
Baik terus kepada persoalan utama, benarkah Infinix Hot 10s ini adalah sebuah peranti ‘gaming‘?
Secara umumnya, sebagai sebuah peranti kategori permulaan, cip Helio G85 pada peranti ini mampu memainkan permainan dengan baik dan lancar tanpa masalah.
Tapi pada tetapan yang rendah atau sederhanalah. Sesuai dengan keupayaan cip tersebut.
Secara keseluruhan, rekaan Infinix Hot 10s bolehlah dikatakan sebagai ketinggalan dan tak ‘up to date‘.
Malah peranti ini juga tidak menyokong ciri pengecasan pantas dan masih menggunakan sambungan micro USB untuk pengecasan.
Untuk kamera pula kualiti gambar yang dihasilkan juga biasa-biasa sahaja.
Tapi apa pun sebagai sebuah peranti permulaan, Infinix Hot 10s adalah antara pilihan telefon pintar terbaik yang boleh anda pilih.
Kapasiti bateri 6000mAh dan skrin 90Hz adalah antara daya penarik utamanya. Begitu juga dengan prestasinya yang cukup baik.
Dijual hanya pada harga RM549.00 untuk varian 4GB/64GB dan RM549 untuk 4GB/128GB, sudah pastinya menjadikan Infinix Hot 10s sebagai sebuah peranti yang mampu dimiliki, sesuai untuk anda yang mahukan sebuah peranti bajet berprestasi sederhana.