Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2017-07-21 at 8.59.03 PM

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Diterbitkan Julai 20, 2017 · Dikemas kini Julai 21, 2017 oleh Haikel Areff

Kepada pengguna telefon pintar, anda mesti pernah dengar perkataan megapiksel. Secara ringkasnya definisi megapiksel bermaksud resolusi kamera berdasarkan bilangan piksel yang mampu diambil oleh sesebuah kamera.

Satu megapiksel bersamaan dengan satu juta piksel, iaitu petak kecil yang digambungkan untuk menghasilkan imej. Jadi kamera yang mempunyai 8 Megapiksel bererti ia mampu mengambil gambar dengan 8 juta piksel kecil per inci.

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Seperti yang kita tahu, pelbagai jenama telefon pada masa sekarang cenderung untuk mempromosikan produk mereka dengan mempamerkan megapiksel yang tinggi. Lantas membuatkan kita terpedaya dengan sangkaan “lebih tinggi nilai megapiksel, lebih bagus kualiti kamera”, sebenarnya tidak!

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Kita ambil contoh, Sony Xperia Z5 Premium memiliki resolusi 23-Megapiksel manakala kamera DSLR Canon EOS 1300D hanya memiliki resolusi 18-Megapiksel. Adakah kedua-dua peranti ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang sama? Jawapannya tidak! Jauh bezanya.

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar terutamanya untuk model Full Frame. Sensor yang besar membenarkan lebih banyak kemasukan cahaya (photon) yang akan menghasilkan piksel. Secara logiknya sensor yang kecil dalam telefon pintar terpaksa memadatkan bilangan piksel yang tinggi, lalu menghasilkan saiz piksel yang kecil. Saiz sensor kamera untuk telefon pintar selalunya dalam lingkungan 1/2.3″ hingga 1/4″.

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Screen Shot 2017-07-20 at 6.00.59 PM

Kualiti kamera terletak pada kualiti sensor itu sendiri. Kita ambil contoh kamera yang dihasilkan oleh Apple, sensor kamera iPhone menghasilkan saiz piksel kepada 1.5µm (dari 1.4µm) dan menetapkan kiraan piksel yang sama dengan menggunakan sensor 15% lebih besar. Bermakna iPhone tidak perlu meletakkan kiraan megapiksel yang tinggi untuk menghasilkan imej berkualiti.

Kenapa Kamera Telefon Dengan Megapiksel Besar Tak Semestinya Bagus

Senang cerita kualiti piksel, saiz sensor, nilai aperture dan perisian pemprosesan imej didalamnya yang menjadikan faktor utama sama ada kamera di telefon itu bagus ataupun tidak. Kiraan megapiksel juga penting tetapi bukanlah faktor utama yang perlu diambil kira dalam menentukan kualiti kamera di telefon pintar.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY