Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackberry tcl

Kena ‘Move On’, Dikatakan Era Telefon BlackBerry Sudah Berakhir

Diterbitkan Februari 14, 2022 · Dikemas kini Februari 14, 2022 oleh Amsyar Latif

Sejak tahun 2020 lagi, telefon pintar BlackBerry akan membuat kemunculan semula bagi tahun 2021 walaupun BlackBerry sudah menyatakan yang mereka tidak mahu menawarkan telefon pintar itu lagi. Namun, selepas Onward Mobility mengambil alih, mereka masih mahu untuk melancarkan telefon pintar ikonik tersebut dengan kerjasama pengeluar FIH Mobile.

Bahkan, terdahulu mereka turut dilihat seakan-akan sudah bersedia mahu melancarkan telefon pintar BlackBerry 5G yang mana hadir dengan papan kekunci fizikal. Bagaimanapun, perkara ini tidak akan terjadi.

Ini kerana laporan terbaru mendakwa BlackBerry secara rasminya mati dan menjadi tinggal sejarah. Hal ini disebabkan cabaran untuk mendapatkan bekalan dan juga lesen penggunaan nama “BlackBerry” yang diberikan kepada Onward Mobility telah dibatalkan.

Kena ‘Move On’, Dikatakan Era Telefon BlackBerry Sudah Berakhir
BlackBerry. Foto Wiki

Melaluinya, secara tidak langsung kita berkemungkinan tidak dapat lagi melihat nama BlackBerry di pasaran kerana ia sudah terkubur dengan legasinya.

Pun begitu, perkara tersebut tidak mengejutkan. Sebelum ini, perkhidmatan BlackBerry OS secara rasminya ditamatkan. Lebih parah, BlackBerry pun bersetuju untuk menjual paten telefon pintar itu termasuk rekaan, papan kekunci QWERTY dan permesejan BlackBerry Messenger (BBM).

Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Onward Mobility sendiri.

Sumber: CrackBerry

Baca juga:

  • Google Chrome Tawar Widget Baru Untuk Peranti Android 12

  • Elon Musk Perlihat Simulasi Starship Ke Marikh, Harap Dapat Bina “Bandar Marikh”

  • Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY