Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Era BlackBerry OS Berakhir, Semua Peranti Sudah Tidak Boleh Digunakan Walaupun Buat Panggilan

Posted on Januari 4, 2022Januari 4, 2022

Pertengahan tahun lepas, BlackBerry telah mengumumkan perancangan mereka untuk menamatkan sistem operasi BlackBerry OS yang mana kesemua peranti yang menggunakannya tidak lagi dapat berfungsi bermula awal tahun ini.

Selari dengan jadual mereka, bermula 4 Januari 2022, semua peranti yang menjalankan sistem operasi BlackBerry 10, BlackBerry 7.1 OS, BlackBerry PlayBook OS 2.1 tidak lagi dapat digunakan termasuk fungsi asasnya.

Antara perkhidmatan yang tidak boleh digunakan termasuklah panggilan, SMS, Wi-Fi, data selular mahupun untuk panggilan kecemasan 911.

Untuk yang menggunakan peranti BlackBerry dengan Android seperti KeyOne dan Key2, anda tidak perlu risau kerana ia masih beroperasi seperti biasa walaupun kebanyakannya telah berhenti menerima kemas kini keselamatan.

Ini senarai peranti terlibat:

BlackBerry 10

  • BlackBerry Classic
  • BlackBerry Passport
  • BlackBerry Leap
  • BlackBerry Z10, Z30, Z3
  • BlackBerry Q10, Q5
  • Porsche Design P’9982 from BlackBerry
  • Porsche Design P’9983 from BlackBerry
BlackBerry 7.1 OS dan sebelumnya (tidak terhad pada senarai ini)
  • BlackBerry Bold: 9900/9930, 9790, 9650, 9788, 9700, 9000
  • BlackBerry Curve:  9380, 9370/9360/9350, 9330/9300, 9320/9315/9310/9220, 8530/8520, 9380, 8900/8980, 8300/8310/8320/8330/8350i
  • BlackBerry Torch:  9860/9850, 9810, 9800
  • BlackBerry Storm: 9500/9530, 9520/9550
  • BlackBerry Pearl:  9100, 8100/8110/8120/8130, 8220/8230
  • Yang lain:
    • BlackBerry 9720
    • BlackBerry 9620
    • Porsche Design P’9981 from BlackBerry
    • BlackBerry Tour 9630
    • BlackBerry Style 9670
    • BlackBerry 8800/8820/8830
    • BlackBerry 7130
    • BlackBerry 8700/8707
    • BlackBerry 7100
    • BlackBerry 7290
    • BlackBerry 7730
    • BlackBerry 7230
    • BlackBerry 6720
    • BlackBerry 6230
    • Peranti berasaskan platfom C++: 850, 857, 900, 950, 957
BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan sebelumnya
  • BlackBerry PlayBook 4G LTE / 3G+
  • BlackBerry PlayBook

Jika anda mempunyai peranti ini, mungkin ia hanya boleh disimpan sebagai koleksi untuk ditunjukkan pada generasi akan datang.

Sumber: BlackBerry

Baca juga:

  • Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021
  • BlackBerry 10 Dan BlackBerry OS Services Akan Ditamatkan Tahun Hadapan
  • BlackBerry Masih Mahu Keluarkan Telefon Dengan Papan Kekunci Fizikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress