Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackberry tcl

BlackBerry Setuju Jual Paten Mereka Pada Harga USD600 Juta

Diterbitkan Februari 3, 2022 · Dikemas kini Februari 3, 2022 oleh ariff bukhari

Kisah sedih BlackBerry berterusan selepas mereka bersetuju untuk menjual lesen paten yang dipegang mereka pada harga USD600 juta kepada Catapult IP Innovations Inc.

Lesen paten yang dijual BlackBerry itu meliputi peranti mudah alih, permesejan dan rangkaian tanpa wayar.

Ia termasuklah paten telefon BlackBerry, papan kekunci QWERTY dan permesejan BlackBerry Messenger (BBM).

BlackBerry menyatakan penjualan itu tidak pula melibatkan sebarang produk, penyelesaian atau perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan mereka.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa BlackBerry mengumumkan perancangan mereka untuk menamatkan sistem operasi BlackBerry OS yang mana kesemua peranti yang menggunakannya tidak lagi dapat berfungsi bermula awal tahun ini.

Bermula 4 Januari 2022, semua peranti yang menjalankan sistem operasi BlackBerry 10, BlackBerry 7.1 OS, BlackBerry PlayBook OS 2.1 tidak lagi dapat digunakan termasuk fungsi asasnya.

Antara perkhidmatan yang tidak boleh digunakan termasuklah panggilan, SMS, Wi-Fi, data selular mahupun untuk panggilan kecemasan 911.

Sumber: prnewswire

Baca juga: Era BlackBerry OS Berakhir, Semua Peranti Sudah Tidak Boleh Digunakan Walaupun Buat Panggilan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY