Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia

Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia

Diterbitkan Februari 11, 2022 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini penyelidik dari Universiti McGill, Kanada telah menjalankan kajian mengenai penggunaan telefon pintar antara 2014-2020 melibatkan 34,000 peserta dari 24 negara seluruh dunia.

Menerusi kajian itu, didapati Malaysia berada pada tangga ketiga dengan penggunaan telefon pintar paling tinggi atau kata lainnya ketagihan telefon pintar paling teruk.

Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia

Pengguna negara China memegang posisi pertama manakala negara kedua paling ketagih menggunakan telefon pintar adalah Arab Saudi.

Kajian ini telah disiarkan dalam jurnal Computers in Human Behaviour dan memfokuskan kepada pengguna muda yang berumur dari 15 hingga 35 tahun dengan purata berumur 28.8 tahun serta kebanyakannya adalah wanita (60%).

Penyelidik memberi kesimpulan bahawa kepelbagaian norma sosial dan juga jangkaan budaya menjadi sebab perbezaan bagaimana pengguna dari pelbagai negara menggunakan telefon pintar.

Menurut mereka, negara yang menduduki tempat terakhir carta iaitu Jerman dan Perancis lebih bersifat individu dan tiada jangkaan budaya yang tinggi.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti, ketagihan penggunaan telefon pintar sebenarnya semakin meningkat dari tahun ke tahun memperlihatkan ia merupakan isu global.

Sumber: Science Direct

Baca juga:

  • Jangan Berhenti Kerja Sebab Nak Jadi Seorang ‘Streamers’
  • Wahed Invest Didakwa Atas Tuduhan Tidak Telus Dalam Pengurusan Pelaburan Syariah Mereka
  • Android 13 Diperlihat – Pilihan Tema Ikon, Privasi Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY