Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ada Ciri ‘Recycle Bin’ Dalam Android 12

Google Chrome Tawar Widget Baru Untuk Peranti Android 12

Diterbitkan Februari 11, 2022 oleh ariff bukhari

Google kini sudah mula menawarkan widget terbaru kepada para pengguna peranti pintar dengan sistem operasi Android 12.

Menerusi aplikasi pelayar Google Chrome, anda boleh memuatkan widget permainan Chrome dino, widget Chrome search dan pintasan Chrome.

WhatsApp Image 2022-02-11 at 19.59.47

Jadi kepada penggemar permainan dino melompat, anda kini boleh terus saja tap pada widget di pemuka peranti Android anda untuk bermain permainan tersebut.

Begitu juga untuk membuat carian di pelayar Chrome, anda boleh saja memasukkan kata carian terus dari widget Chrome shortcuts.

Malah anda juga boleh memilih untuk melayari Chrome dalam mod incognito (mod privasi) dari widget tersebut.

Malah anda juga boleh mengakses terus Google Lens dari widget terbaru ini.

Untuk memasukkan widget terbaru ini pada muka utama peranti Android anda, tap lama pada aplikasi Chrome sehingga tetingkap seperti di bawah di paparkan.

widget android

Kemudian tap pada ikon Widgets dan anda boleh pilih widget terbaru yang ditawarkan ini untuk dimuatkan pada muka utama peranti Android anda seperti contoh di bawah.

android 12 widget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY