Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar BlackBerry Akan Kembali Semula Pada Tahun 2021

Telefon Pintar BlackBerry Akan Kembali Semula Pada Tahun 2021

Diterbitkan Ogos 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini BlackBerry telah mengisytiharkan mereka tidak akan lagi hadir dengan model telefon pintar. Ini adalah kerana selama ini lesen yang diperolehi TCL untuk menghasilkan telefon Blackberry telah berakhir.

Namun, itu cerita awal tahun lalu. Kini, secara mengejut, jenama itu akan kembali semula dengan model telefon pintar tidak lama lagi.

Syarikat mudah-alih sekuriti di Amerika Syarikat iaitu Onward Mobility telah mengambil alih lesen penghasilan untuk telefon BlackBerry. Ia akan digandingkan dengan syarikat pengeluar FIH Mobile untuk turut sama menghasilkan telefon berkenaan.

Menurut laman rasmi Onward Mobility, telefon Blackberry yang akan datang ini akan mempunyai sekuriti yang tinggi serta sistem sekuriti yang istimewa.

Screenshot (222)

Walau bagaimanapun tiada spesifikasi yang diperkatakan selain hanya menyebut ia akan mempunyai model 5G dan papan kekunci fizikal.

Telefon pintar BlackBerry ini akan hadir pada tahun 2021. Namun tidak dinyatakan khas sama ada awal tahun ataupun penghujung tahun hadapan.

Dengan ini, mungkin kita akan menyaksikan semula kemunculan peranti unik dengan papan kekunci fizikal tidak lama lagi.

Sumber: Onward Mobility

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY