Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Elon Musk Perlihat Simulasi Starship Ke Marikh, Harap Dapat Bina “Bandar Marikh”

Posted on Februari 11, 2022

Kemajuan teknologi sekarang membuatkan manusia berlumba-lumba untuk meneroka angkasa. Ibarat filem Interstellar, manusia mempunyai keinginan untuk meninggalkan bumi dan hidup di planet lain.

Baru-baru ini, Elon Musk membuat pembentangan di Starbase, Texas yang mana beliau membentangkan misi dan visi baharu SpaceX serta video promosi yang memperlihatkan simulasi Starship berlepas dari bumi ke Marikh.

Starship merupakan roket generasi baharu SpaceX. Direka untuk dilancarkan bersama muatan kargo dan manusia untuk ke bulan dan juga Marikh. Roket ini turut akan hadir dengan Super Heavy Booster di mana ia dilengkapi enjin Raptor baharu yang masih lagi dibangunkan.

Video berdurasi 5 minit itu memperlihatkan roket Starship dilancarkan dari bumi dan tujahan pada roket semasa pelancaran akan dilepaskan ke bumi untuk digunakan kembali. Sekaligus mengurangkan kos operasi.

Selain itu, roket Starship ini juga boleh bersambung dengan roket Starship yang lain. Ini memudahkan proses ia mengorbit menuju ke Marikh. Pada akhir video, Elon Musk membayangkan bahawa kesemua roket tersebut akan mendarat dan sebuah “bandar Marikh” telah wujud di sana.

Ia kedengaran seperti misi mustahil tetapi Elon Musk berharap untuk menjadikannya realiti. Beliau belum mendedahkan bilakah misi tersebut akan dilancarkan. Namun, Musk percaya roket Starship akan mula ke angkasa pada tahun 2022.

Misi itu semestinya menelan belanja yang amat besar. Bagaimanapun tidak menjadi masalah buat Elon Musk. Ini kerana sebelum ini SpaceX sudah mengikat kontrak dengan Nasa yang bernilai USD2.9 bilion untuk program Artemis (bawa manusia ke bulan) menggunakan Starship pada tahun 2025.

Sumber: CNBC, CNET

Baca juga:

  • Penemuan Salutan Misteri Berwarna Ungu Pada Batuan Marikh Menghairankan Saintis NASA

  • NASA Menawarkan Simulasi Pengalaman Tinggal Di Marikh Selama Setahun

  • Helikopter NASA Di Planet Marikh Dikuasakan Oleh Cip Qualcomm Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress