Melalui laman Geekbench, terdapat satu peranti OnePlus yang sedang diuji yang menggunakan Snapdragon 690. Untuk makluman, OnePlus sendiri sudah mengesahkan bahawa Nord akan menggunakan Snapdragon 765G, bukannya 690.
Ini kemungkinan besar OnePlus Nord versi berlainan disebabkan ia mempunyai nama papan induk yang sama iaitu 'Lito'. Snapdragon 690 ini merupakan cip yang baru sahaja dilancarkan oleh Qualcomm pertengahan Jun lalu dan masih belum dipakai oleh mana-mana pengeluar lagi.
Nama peranti OnePlus ini belum disahkan secara rasmi namun ia juga boleh digelar sebagai OnePlus Nord Lite disebabkan spesifikasi Snapdragon 690 yang rendah berbanding 765G. Namun begitu, cip ini masih juga menyokong 5G yang mana setaraf dengan apa yang ditawarkan oleh Snapdragon 765G.
Jika benar, OnePlus semestinya mahu mengaut semula pasaran peranti mampu milik berkuasa dengan menawarkan varian OnePlus Nord dengan harga lebih rendah. Sebelum ini, OnePlus menyasarkan harga jualan Nord di bawah 500USD (~RM2,140), untuk 'Nord Lite' ini, sudah tentu harga jualannya akan lebih rendah lagi pada masa yang sama masih menawarkan rangkaian 5G.
Sumber: Geekbench
Berkaitan
- Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T - Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju
- OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung
- PUBG Mobile Dengan 90fps Boleh Dimainkan Pada Peranti OnePlus Kecuali Nord
- Xiaomi Sedang Bangunkan Satu Lagi Varian Mi Note 10 Versi Lite Dengan Kamera Utama 64MP
- Sebuah Lagi Model OnePlus Nord Dengan Snapdragon 690 Serta Paparan 90Hz Akan Diperkenalkan
- Inovasi Terbaharu OnePlus Perlihatkan Mereka Memilih Untuk Sembunyikan Kamera Bukannya Tingkatkan Kualiti Imej
- OnePlus Nord Dilancarkan - Snapdragon 765G, 90Hz, 4115mAh Dalam Pakej Mampu Milik
- MKBHD Sebenarnya Sudah 2 Minggu Gunakan OnePlus 8 Pro Yang Belum Lagi Dilancarkan
- OnePlus Nord Akan Datang Ke Malaysia Hujung Ogos Ini
- Kamera Xiaomi Mi 10T Pro Peroleh Skor 118 Melalui DxOMark - Setaraf Dengan OnePlus 8 Pro