Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan letupan berpunca dari letupan telefon pintar mangsa yang sedang dicaj.
Beberapa kejadian telefon pintar yang meletup atau terbakar sudah berlaku sebelum ini dengan insiden peranti Galaxy Note 7 paling diingati semua orang seluruh dunia. Dengan teknologi pengecasan pantas yang dinaik taraf setiap tahun, pengecasan bateri peranti kini melibatkan caj arus yang lebih tinggi ke dalam peranti bagi mempercepatkan proses pengecasan.
Walaupun telefon pintar moden mempunyai sistem keselamata tersendiri terbina di dalam peranti, beberapa faktor lain boleh menyumbang kepada permasalahan bateri meletup.
Pertama sekali adalah keadaan fizikal bateri itu sendiri. Bateri yang sudah berusia selalunya tidak dapat menyimpan caj seperti biasa dan memerlukan masa yang lebih untuk dicaj. Pengecasan yang terlalu lama boleh menyebabkan bateri menjadi kembung dan keberangkalian untuk bateri tersebut untuk rosak atau meletup adalah tinggi.
Bateri dilindungi oleh lapisan penebat yang nipis bagi memisahkan antara terminal positif dan negatif. Jika kedua-dua terminal ini bersambung (litar pintas), bateri akan mudah terbakar. Jadi anda perlu lebih berhati-hati dengan telefon pintar anda supaya tidak terjatuh dan merosakkan laiisan penebat ini.
Alat pengecasan juga perlulah dari pengeluar asal peranti kerana alat pengecasan yang palsu tidak dapat memberikan pengeluaran arus yang stabil yang boleh menyumbang kepada faktor overcharged.
Pengecasan juga perlulah dilakukan di kawasan yang sedikit terbuka bagi mengelakkan peranti menjadi terlalu panas dan sedikit sebanyak mengurangkan jangka hayat bateri.
Berkaitan
- Apple Tidak Bertanggungjawab Atas Kejadian Headphone Beats Meletup
- Spesifikasi Xiaomi Max 3 Pro Tertiris Dengan Cip Qualcomm Terbaru Dan Kapasiti Bateri Yang Besar
- Bagaimana Untuk Memperbaiki Masalah Bateri Pada Huawei P10
- Spectre x360 Mempunyai Jangka Hayat Bateri 22 Jam Mengikut Dakwaan Hewlett Packard
- Hewlett-Packard Mengeluarkan Arahan Pemulangan Bateri Komputer Riba
- Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz
- Apple Dijangka Kehilangan RM 40 Bilion Daripada Program Penukaran Bateri
- Seorang Pengguna Xiaomi Redmi Note 4 Mengadu Perantinya Meletup Dan Terbakar
- Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5,000 mAh Dikhabarkan Keluar Minggu Depan
- Razer Mamba Hyperflux, Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri