Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Windows 10 October 2018 Bermasalah Lagi

Kemaskini Windows 10 October 2018 Bermasalah Lagi

Diterbitkan Oktober 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Awal bulan ini, Microsoft telah menghentikan sementara penawaran kemaskini Windows 10 October versi 1809.

Hal itu terjadi berikutan pengguna mendakwa data dalam komputer mereka terpadam setelah memasang kemaskini terbabit.

Lanjutan daripada itu, syarikat perkomputeran itu telah mengeluarkan kemaskini kumulatif bagi membantu pengguna yang bermasalah, tetapi timbul pula masalah lain.

Beberapa pengguna mengadu komputer mereka menghadapi masalah berkenaan operasi arkib dimana ia tidak mengeluarkan dialog arahan kepada pengguna.

Sebagai contoh, apabila mengekstrak fail dari arkib Zip, sistem operasi gagal mengekstrak fail jika ada fail dengan nama yang sama di lokasi yang sama.

Ini bermakna pengguna tidak dapat mengenali atau mengambil tindakan mengubah nama kerana menganggap fail itu telah disalin ke lokasi tersebut.

Pengguna tidak tahu sama ada fail ditulis semula (data asal akan hilang) atau keseluruhan operasi menyalin gagal. Jika pengguna terus memadam fail arkib dengan tanggapan fail itu sudah disalin, ia mungkin mewujudkan satu lagi senario kehilangan data.

Isu terbaru ini tidaklah sebesar masalah sebelumnya, tetapi terdapat pihak yang mempertikaikan bagaimana syarikat itu menguji dan membenarkan kemaskini baik pulih itu dilepaskan kepada pengguna.

Sumber: wccftech

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY