Kemaskini Windows 10 October Bermasalah, Microsoft Hentikannya Buat Sementara Waktu

Semalam, Microsoft dikatakan telah menghentikan sementara waktu kemaskini Windows 10 October (versi 1809) selepas mendapat rungutan daripada pengguna.

Difahamkan, beberapa pengguna mendakwa data mereka terpadam setelah siap memasang kemaskini terbabit.

Microsoft turut menasihati pengguna yang melakukan muat turun kemaskini secara manual supaya tidak “memasang kemaskini dan tunggu sehingga media baru ditawarkan.”

Syarikat perkomputeran itu menjanjikan ciri baik pulih apabila penawaran Windows 10 October bersambung semula nanti.

Sumber: Microsoft – 1, 2

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408