6 Permainan Video Ini Dilarang Untuk Dimainkan Di Beberapa Buah Negara

Permainan video dipercayai telah bermula sejak 50 tahun yang lalu, dan sehingga kini ia ditawarkan dalam pelbagai platform seperti konsol dan juga komputer.

Evolusi permainan video boleh dilihat dari segi grafik, cara bermain dan bermacam-macam lagi. Untuk kekal bersaing, pengeluar permainan video menghasilkan pelbagai tema dan gaya tetapi ada sesetengah yang dilihat melampaui batas dan dihalang daripada dimainkan di beberapa buah negara.

Nak tahu apa permainan yang disekat itu? Jom kita kenali permainan berkenaan dan sebab ia disekat.

1. Pokemon Go (Iran)



Tidak dinafikan Pokemon Go merupakan salah satu fenomena permainan video; versi pertama dikeluarkan pada 27 Februari 1996.

Alasan mengapa Iran mengharamkan permainan ini adalah atas faktor keselamatan. Tidak dijelaskan keselamatan dari segi apa tapi sudah banyak berita kemalangan, dan kes menceroboh disebabkan permainan ini.

 

2. Postal 2, Postal 3, dan Manhunt (New Zealand)



 



Ketiga-tiga siri permainan video ini diharamkan di New Zealand oleh kerana terdapat aksi ganas dan kejam di dalamnya.

 

3. Half Life (Singapura)



Negara jiran kita tidak terkecuali dari mengharamkan beberapa permainan, antaranya adalah Half Life. Kenapa ia diharamkan? Alasan yang sama iaitu, banyak babak serta aksi ganas.

Tetapi pengharaman itu menimbulkan kemarahan komuniti gamer di Singapura dan selepas seminggu ia ditarik balik. Jadi ia kembali "halal".

 

4. Homefront (Korea Selatan)



Mengisahkan peperangan antara US dan negara Korea yang bersatu. Permainan ini diharamkan di Korea Selatan kerana penggambaran dua buah negara Korea yang bersatu di bawah pemerintahan Korea Utara. Dua-dua negara ni kan tak ngam.

5. Battlefield 4 (China) -game kegemaran admin



Siri permainan perang yang popular ini tidak terkecuali daripada sekatan. China mengharamkan permainan ini disebabkan ia mencalarkan imej negara tanah besar itu. Battlefield 4 juga dianggap sebagai ancaman keselamatan dengan kementerian China mendakwa permainan itu dilihat sebagaiĀ "pencerobohan budaya."

 

6. Command and Conquer Generals (China)



Satu lagi permainan popular yang diharamkan China. Permainan ciptaan EA ini dihalang di China kerana terdapat satu misi dimana pemain harus memusnahkan bandar Beijing dengan cara menjatuhkan bom nuklear.

Mana tak kecik hati orang tu, pakai bom nuklear kot.