Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Terbaru Aplikasi YouTube Dilengkapi Dengan Mod Incognito

Kemaskini Terbaru Aplikasi YouTube Dilengkapi Dengan Mod Incognito

Diterbitkan Julai 11, 2018 ยท Dikemas kini Julai 11, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mod incognito cukup sinonim dengan pelayar internet Chrome, dimana ia digunakan ketika anda mahu “menyembunyikan” aktiviti anda dari dikesan pada log history.

Melaluinya, pelayar internet tidak akan mengesan serta menyenaraikan laman web yang dilawati dan anda tidak perlu bersusah payah untuk memadamkannya.

Terkini, mod terbabit sudah mula ditawarkan pada aplikasi YouTube bagi peranti Android.

Untuk mengaktifkan mod incognito, anda hanya perlu tekan gambar profil dibahagian kanan atas dan butang pilihan “Turn On Incognito” akan kelihatan.

Jika pertama kali diaktifkan, “You’ve Gone Incognito” akan terpapar dan aplikasi akan log keluar akaun YouTube anda secara automatik.

Bagi menyahaktifkannya pula, anda hanya perlu tekan gambar profil dan pilih “Turn Off Incognito” dan aplikasi log masuk kembali akaun YouTube anda.

Sekiranya anda mahu menghentikan history tontonan dan carian, tekan gambar profil> Settings >History and Privacy >Pause Watch History/Pause Search History.

Kemaskini aplikasi YouTube anda di Google PlayStore.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY