Pembangun permainan video dari China, Tencent Games telah mengesahkan kemaskini utama terkini bagi PUBG Mobile akan tersedia untuk dimuat-turun bermula 25 Oktober ini.
Antara pembaharuan yang bakal dibawa pada kemaskini 0.9.0 kali ini ialah suasana waktu malam bagi bagi peta Erangel. Ia sekaligus akan turut membawa skop night vision. Suasana malam ini akan dapat dimainkan secara rawak dan semasa musim Halloween nanti, kemungkinan untuk mendapatkannya akan meningkat kepada 50%.
Kredit : Gadget Gig
Satu lagi pembaharuan menarik pada kemaskini itu nanti ialah Spectator Mode. Ia seolah-olah sama seperti yang boleh dilakukan dalam permainan Counter Strike, di mana pemain yang telah dibunuh boleh melihat di mana lokasi musuh selepas mereka mati(dalam game). Ini sekaligus memudahkan rakan sepasukan yang masih hidup untuk mengesan pihak musuh.
-- Iklan --
Tambahan lagi, sempena dengan musim Halloween nanti, Spawn Island akan dihiasi dengan perhiasan yang bertemakan perayaan tersebut. Tencent juga menyebut mengenai “movie picture style” namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya setakat ini.
Berikut adalah antara senarai pembaharuan utama yang akan dibawa pada kemaskini ini kelak :
Mod Permainan
Erangel dapat dimain pada waktu malam secara rawak
Skop night vision
Spectator Mode membolehkan pemain melihat lokasi pemain lain selepas mati dibunuh
Matchmaking yang lebih pantas dan masa menunggu yang lebih tepat
Sempena Halloween
Musuh yang mati ditembak menggunakan Hellfire – AKM akan menjadi orang-orang
Spawn Island akan berubah wajah mengikut tema Halloween
Wajah “menyeramkan” akan muncul apabila bom diletupkan
Senjata, Kenderaan dan Perkara Berkaitan
QBU DMR – senjata baru menggunakan peluru 5.56mm dan boleh didapati di Sanhok
Ketepatan tembakan meningkat sekiranya pemain menembak secara tunduk, meniarap atau tidak bergerak
Kadar recoil bagi AKM akan ditambahbaik
Rony – sebuah trak pickup baru yang boleh didapati di Sanhok
Bunyi tembakan yang ditambahbaik
Selain daripada senarai di atas, banyak lagi pembaharuan yang akan dibawa pada kemaskini kali ini. Ia melibatkan penambahbaikan dari segi grafik permainan, prestasi permainan dan sistem permainan itu sendiri.
*kemaskini : Menurut sumber lain, Spectator Mode berkemungkinan besar digunakan untuk mengesan hackers, mungkin hanya boleh digunakan ketika bermain secara solo. Yang mana satu betul, kita tunggu 25 Oktober ini ya!