(Kemaskini) Pertandingan Mobile Fotografi Dari OPPO – Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai RM3999

Pada minggu lepas pihak kami telah mengumumkan pertandingan fotografi dengan kerjasama OPPO Malaysia. Pertandingan “Beyond Your Vision Photography” sudah pun bermula pada 21 Julai, dan akan berlangsung sehingga 20 Ogos ini.



Kami akan mengumumkan pemenang pada 21 Ogos ini. Kepada yang masih belum mengetahui, pemenang  pertandingan ini akan menerima hadiah utama OPPO Reno 10X Zoom Edisi Khas FC Barcelona yang bernilai RM3,999.



Yang menariknya, gambar pemenang pertandingan ini akan dipamerkan di KLPF 2019 pada 23 Ogos ini. Inilah peluang  untuk mengetengahkan karya agung anda di hadapan ribuan penonton bersama pameran dari juru gambar profesional yang lain.

Peserta perlu menghantar gambar dengan tema "Story of People" yang mempunyai unsur manusia dan cerita disebalik gambar tersebut. Berikut merupakan beberapa penyertaan yang telah kami terima melalui kiriman di ruangan komen Facebook dan Instagram setakat ini.

Klik disini untuk maklumat penuh

[soliloquy id="118371"]

Melalui pemerhatian kami juga, masih ramai lagi peserta tidak mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan. Gambar haruslah mempunyai unsur "Story of People" gambar manusia yang mempunyai cerita disebaliknya. Gambar kucing dan permandangan tidak dikira ya tuan tuan dan puan puan.

Berikut pula merupakan gambar contoh yang diambil oleh jurugambar profesional untuk dijadikan sebagai rujukan atau sumber inspirasi kepada peserta.

[soliloquy id="118380"]

Ramai juga yang bertanyakan soalan seperti "Wiser, kalau telefon saya tiada watermark, adakah saya boleh sertai?". Syarat sebelum ini memerlukan peserta meletakkan watermark 'taken by OPPO', namun pihak OPPO bertimbang rasa dengan membenarkan penyertaan walaupun tanpa watermark.

Namun, peserta haruslah meletakkan hashtag #OPPOF11Pro misalnya dan menghantar gambar original ke email kami [email protected] dimana kami akan sahihkan ketulenan gambar diambil oleh peranti OPPO.

Kepada anda yang masih belum menyertai pertandingan ini, anda boleh baca syarat-syarat penyertaan disini (Pertandingan Fotografi OPPO)  dan hantarkan gambar penyertaan di ruangan komen Facebook Wiser atau di Instagram.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang hadiah yang ditawarkan, OPPO Reno 10x Zoom merupakan sebuah peranti flagship daripada OPPO yang menawarkan kemampuan fotografi berkualiti bagi sebuah telefon pintar.



Ia hadir dikuasakan oleh Snapdragon 855 bersama-sama dengan kamera yang berkebolehan zoom sehingga zoom hybrid 10x dan digital 60x. Kamera belakangnya terdiri daripada lensa 48MP (IMX 586), 13MP (telefoto) dan 8MP sudut lebar.

Kombinasi ini memberikan jarak fokus 16-160mm. Menambahbaik rakaman, model ini turut disediakan dengan ciri seperti Ultra Night Mode 2.0, Dazzle Color Mode serta mempunyai keupayaan rakaman video 4K.

Memberikan lebih daya penarik adalah kamera selfie terangkat, direka dengan bentuk seperti "sirip jerung" yang membezakannya dengan kamera terangkat pada peranti lain.

Binaannya elegan dan premium ditambah dengan kemasan bertemakan kelab bolasepak terunggul didunia iaitu FC Barcelona, pasti membuatkan anda semua tidak mahu melepaskan peluang untuk memenangi OPPO Reno 10x Zoom Edition FC Barcelona yang Wiser.my dan OPPO Malaysia tawarkan ini. Tunggu apa lagi?