Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paten Rekaan Peranti Boleh Lipat OPPO Mempunyai Kamera Terangkat

Paten Rekaan Peranti Boleh Lipat OPPO Mempunyai Kamera Terangkat

Diterbitkan Jun 11, 2019 oleh Haikel Areff

gsmarena_001 (3)

Pada Februari lalu, syarikat besar seperti Samsung dan Huawei mengumumkan peranti mewah mereka iaitu Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X. Tetapi masing-masing mempunyai isu tersendiri, Galaxy Fold yang ditangguh penjualannya dan isu sekatan perdagangan antara kerajaan Amerika Syarikat dan Huawei yang mungkin menjejaskan serba sedikit pada model Mate X.

Sebuah lagi syarikat, OPPO, sebelum ini telah  berkongsi prototaip peranti boleh lipat mereka sekitar Februari lalu. Kini, imej yang dipatenkan pada World Intellectual Property Office pula diperlihatkan dengan rekaan hampir serupa. Menariknya adalah pengunaan mekanisme terangkat pada peranti itu yang membolehkan ia merakam foto sama ada ketika dilipat ataupun tidak.gsmarena_002 (1)

Selain itu, ia dikatakan juga mempunyai bicu audio 3.5mm bagi sokongan fon telinga berwayar. Ini hanyalah imej rekaan yang dipatenkan sahaja dan tidak dinyatakan spesifikasi lain.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peranti boleh lipat OPPO dibangunkan bergantung kepada permintaan ramai. Sama ada ia akan menjadi produk akhir yang akan dipasarkan ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

Sumber: GSM Arena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY