Tambah menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menerima Bluestooth speaker bernilai RM 199 dengan pembelian Reno2 versi Ocean Blue tersebut, dan ia ditawarkan secara "siapa cepat, dia dapat".
Selain menerima penampilan khas daripada Phei Yong (Youtuber Malaysia), Starbucks juga akan membuka kiosk di mana 100 pelanggan pertamanya akan dapat menikmati minuman secara percuma apabila mereka turut serta dalam aktiviti penghasilan gambar yang kreatif di photo booth untuk dimuat naik ke Instagram bersama hashtag rasmi.
Di bahagian dalam, OPPO Reno2 ditawarkan dengan cip Snapdragon 730G yang akan mengoperasikan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android 9. Tersedia dengan RAM 8GB berserta ruang storan dalaman sebesar 256GB.
Peranti ini didatangkan dengan ciri Ultra Steady bagi rakaman video tanpa gegaran dan Ultra Dark pula bagi rakaman yang lebih jelas di tempat kurang pencahayaan. Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, Reno2 menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 2OW.
Berkaitan
- Daftar Pelan U Mobile, Dapat Vivo Y12 Dengan Harga RM0.99
- Huawei Nova 3 Primrose Gold Mula Dijual Di Malaysia
- IFA 2016: Jam Pintar Withings Steel HR
- vivo X21 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Akan Mula Dijual 9 Jun Ini
- Ujian Beta 9.2.28 MIUI 10 Bawa Fungsi Terbaru "Game Booster"
- U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G
- Sony Umum PlayStation 5 Tidak Akan Dilancarkan Dalam Tempoh 12 Bulan Mendatang
- Vivo Apex Berkemungkinan Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 12 Jun Ini
- Realme X2 Pro, Flagship Killer Tahun Ini?
- Apple Tangguhkan Fungsi FaceTime Berkumpulan Pada iOS 12