Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hari Pertama PUBG Mobile National Championship 2018 Berakhir, Pasukan AROV & GANK FTY Muncul Pendahulu

Hari Pertama PUBG Mobile National Championship 2018 Berakhir, Pasukan AROV & GANK FTY Muncul Pendahulu

Diterbitkan Januari 26, 2019 oleh Haikel Areff

Hari pertama kejohanan PUBG Mobile National Championship 2018 yang dianjurkan bersama syarikat telefon pintar Vivo dengan kerjasama MET Malaysia, Yoodo dan eSports Malaysia(ESM) telah pun berakhir sebentar tadi.

Pada hari ini, sebanyak 6 pusingan telah dilalui oleh kesemua 16 pasukan dengan bermain secara third person perspective(TPP) untuk 3 pusingan pertama dan first person perspective(FPP) untuk pusingan 4 hingga 6.

Kesemua 6 pusingan dimainkan di peta Erangel dan pasukan AROV dan GANK FTY telah berjaya muncul pendahulu untuk hari ini dengan 1890 mata.

Hari Pertama PUBG Mobile National Championship 2018 Berakhir, Pasukan AROV & GANK FTY Muncul Pendahulu

Pasukan AROV telah berjaya mengumpul 43 bunuhan berbanding 38 untuk pasukan GANK FTY. Akan tetapi GANK FTY telah memenangi 3 daripada 6 pusingan untuk mendapatkan Winner-Winner Chicken Dinner(WWCD).

Mengekori rapat mereka ialah pasukan PANDA CREW SENIOR dengna 1650 mata dan 37 bunuhan.

Kejohanan ini akan bersambung esok dengan enam lagi pusingan akan diadakan di peta Miramar. Kaedah yang sama akan turut digunakan apabila tiga pusingan pertama akan dimainkan secara TPP dan selebihnya akan dijalankan dalam FPP.

Sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang bakal muncul juara pertama PUBG Mobile National Championship 2018 esok.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY