Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi termasuk Redmi Note 5 Pro dan Redmi 5A. Pada peringkat awal, versi beta bagi MIUI 10 ini telah diperkenalkan buat peranti Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro, Redmi S2, the Mi Mix 2 dan Mi Mix 2S.
Antara ciri dan fungsi terbaru yang tersedia buat antaramuka baru ini ialah ia akan memaksimakan penggunaan ruang paparan serta fungsi 'tekan dan tahan' pada ikon aplikasi untuk lebih pilihan tindakan. Selain itu, pengguna peranti Xiaomi juga boleh menggunakan lebih banyak gestures untuk kawalan peranti.
Pengguna peranti Xiaomi yang menyokong MIUI 10 dijangka boleh mula mendapatkan kemaskini ini pada akhir bulan ini. Untuk mengetahui sama ada peranti Xiaomi anda menyokong antaramuka terbaru MIUI ini atau tidak, anda boleh semak dalam senarai di bawah.
- Mi 4c
- Mi 4s
- Mi 5
- Mi 5c
- Mi 5s Plus
- Mi 5X
- Mi 6
- Mi 6X
- Mi 8
- Mi 8 SE
- Mi Max
- Mi Max 2
- Mi Max Prime
- Mi Mix
- Mi Mix 2
- Mi Mix 2S
- Mi Note 2
- Mi Note 3
- Redmi 4X
- Redmi 5
- Redmi 5A
- Redmi 5 Plus
- Redmi 5s
- Redmi Note 4X
- Redmi Note 5
- Redmi Note 5A
- Redmi Note 5A Prime
- Redmi S2/Y2
Sumber
Berkaitan
- China Sasar Bina Pangkalan Di Bulan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang
- Huawei Nafi Cuba Curi Teknologi Syarikat Semikonduktor Baru Amerika
- iPhone X Dilancarkan Secara Rasmi- Dwi Kamera Dipertingkatkan, Face ID Dan Cip A11 Bionic
- Samsung Bakal Berkerjasama Bersama Imint Untuk Fungsi Penstabilan Imej
- Canon Mahu Mencabar Sony Dengan Memperkenalkan Kamera Mirrorless Baru EOS M6
- Pelanggan Warga Emas Dilayan Dengan Buruk, TM Diminta Lebih Prihatin
- Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini
- Sony Akan Rasmikan Peranti Xperia Barunya Di Acara IFA Hari Ini
- Xiaomi Mi Mix 3 - Bebas Penyakit 'Notch' Dengan Sistem Slider
- Xiaomi Tidak Mahu Sekadar Dikenali Sebagai Jenama Telefon Pintar